Separuh akhir Piala FA ‘panas’



AKSI tegang membabitkan pemain Kelantan (merah) dan pemain Negeri Sembilan pada perlawanan separuh akhir Piala FA di Kota Bharu semalam.




PEMAIN Perlis, Zuraindey Jumai (kanan) bersaing dengan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad (tengah) pada aksi Piala FA di Kangar.



PERLAWANAN separuh akhir pertama Piala FA malam tadi tercemar.

Perlis menjadi tuan rumah kepada Selangor di Kangar sementara Kelantan pula menjadi tuan rumah kepada Negeri Sembilan di Kota Bharu.

Aksi menarik yang diharapkan bertukar ‘panas’ apabila gelanggang perlawanan bertukar menjadi medan ‘pertempuran’.

Semuanya gara-gara sikap penonton yang gagal mengawal emosi ekoran kegagalan pasukan tuan rumah meraih kemenangan.

Di Kangar, Perlis seri 1-1 dengan Selangor yang meneruskan aksi dengan 10 pemain.

Begitupun Perlis lebih dulu membuka jaringan menerusi jaringan Mohd. Shazwan Zainol sebelum penyerang Sela- ngor, C. Premanth menyamakan kedudukan.

Gol penyamaan itu mula mengubah situasi perlawanan yang bertukar agresif.

Tolak-menolak mula berlaku sehingga pengadil, Shokri Nor terpaksa bertindak keras untuk mengawal keadaan.

Dua kad merah dan 10 kad kuning dilayangkan sekali gus membuktikan betapa ‘panasnya’ perlawanan itu.

Kapten Selangor, Mohd. Amri Yahyah diperintah keluar padang sementara pemain Perlis menyaksikan Niza- ruddin Yusof menerima padah.

Di Kota Bharu, Negeri Sembilan berjaya menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan yang turut dicemari insiden pergaduhan antara pemain selain keganasan penyokong.

Biarpun bermain di hadapan penyokong sendiri, Negeri Sembilan berjaya menahan segala tekanan daripada skuad Kijang selepas penyerang negara, Mohd. Zaquan Adha me ledakkan gol tunggal perlawanan seawal minit ketujuh permainan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: