Piala FA: Halim Napi Serang Aidil Zaquan


Keadaan di Stadium Sultan Muhammed IV di sini kecoh apabila penjaga gol Kelantan Halim Napi menumbuk dan menendang pemain Negeri Sembilan Mohd Aidil Zakuan Abd Radzak setelah tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan malam Selasa.

Kejadian pukul 10.45 malam itu dipercayai berlaku apabila penjaga gol Kelantan itu menerima isyarat tangan daripada pemain Negeri Sembilan tersebut yang meminta beliau keluar padang.Berikutan itu timbul rasa tidak puas hati, maka berlaku insiden pergaduhan dan pertelingkahan antara kedua-dua pemain.

Ramai peminat Kelantan yang tidak berpuas hati dan ghairah dengan insiden itu menunggu selama 15 minit sambil bersorak dan membaling botol minuman ke arah padang di stadium berkenaan sebelum pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjumlah 200 orang, menyuraikan keadaan yang dihadiri lebih 20,000 penonton.

Setelah insiden itu, masih terdapat penyokong Kelantan menunggu di luar stadium sambil bersorak dan bertindak kasar kepada anggota keselamatan kerana tidak berpuas hati dengan pasukan Negeri Sembilan.Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 1-0.

Tinjauan Bernama juga mendapati terdapat penyokong Kelantan membaling benda keras dan mercun ke arah FRU dan polis yang cuba mententeramkan keadaan.Terdapat sebuah kenderaan Proton Waja yang diletakkan di hadapan stadium turut dipecahkan cermin hadapan oleh penyokong Kelantan yang bertindak ganas serta merosakkan harta benda awam termasuk menterbalikkan pacuan empat roda polis.

Antara kenderaan lain yang turut rosak adalah dua kenderaan Toyota Harrier, salah satunya milik Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.Pihak polis bertindak menyuraikan keadaan dan sehingga 11.20 malam keadaan sudah mula reda.

P/s:Pihak polis simpana persekutan (FRU)melepaskan gas pemedih mata tepat jam 12 malam bagi meleraikan penyokong kelantan yang tidak berganjak dari luar stadium

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: