Kafa gantung Halim Napi



PENJAGA gol Kelantan, Halim Napi bertindak balas dengan memijak pemain Negeri Sembilan nombor 7, Aidil Zafuan kerana meludah kearahnya selepas tamat perlawanan dalam perlawanan Piala FA separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi. – Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Penjaga gol Kelantan, Halim Napi digantung permainan berikutan kejadian rusuhan penyokong Kelantan sebaik tamat perlawanan Piala FA separuh akhir pertama antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV di sini, malam tadi.

Halim digantung oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) serta-merta tanpa ditetapkan tempoh penggantungannya.
Dalam perlawanan itu Kelantan tewas 0-1.

Halim dilihat sebagai punca meletusnya rusuhan selepas dia menyerang pemain pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd Radzak sebaik tamat perlawanan.

“Kami (Kafa) dan jurulatih Peter Butler bersetuju dengan keputusan ini kerana Halim dilihat secara sengaja menggunakan kekerasan terhadap pemain pelawat.

“Kami sependapat bahawa soal disiplin dan etika bagi pemain Kafa perlu dijaga walaupun kita memerlukan penjaga gol yang baik,” kata Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa selepas tamat perlawanan.

Beliau berkata, penggantungan Halim dibuat berikutan satu mesyuarat yang diadakan antara Kafa dengan Butler sebaik sahaja tercetus insiden berkenaan.

Beliau yang kesal dengan rusuhan penyokong Kelantan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat insiden terbabit.

“Saya tahu ianya berpunca daripada sikap pemain Kafa yang secara sengaja mengambil tindakan mengasari pemain pelawat.

“Ianya benar-benar bertentangan dengan semangat kesukanan. Sifat ini tidak seharusnya ada di dalam setiap pemain Kafa,” katanya.

Tindakan liar sebahagian besar dari kira-kira 20,000 penyokong Kelantan menyebabkan lapan buah kereta rosak teruk termasuk sebuah kenderaan polis sementara sebuah motosikal turut dibakar. Seorang anggota Unit Simpanan Persekutuan turut cedera. Menurut polis, tiga penyokong Kelantan ditahan.

Tindakan liar penyokong Kelantan turut berlaku semasa perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Negeri Sembilan pada akhir bulan lalu di mana penyokong membaling botol minuman dan mercun ke tengah padang selepas Kelantan tewas 1-2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: