Bola sepak negara tercemar


DALAM padang turut tidak terkecuali dengan insiden pergaduhan penjaga gol Kelantan, Halim Napi (empat dari kanan) selepas perlawanan tamat.

Membakar kereta, memecahkan cermin, merusuh – itulah antara aksi yang dapat disaksikan pada perlawanan Piala FA di sini malam tadi hanya disebabkan pasukan negeri mereka kalah lagi.Seolah-olah Kelantan dalam keadaan darurat, penyokong Kelantan ‘menggila’ dengan mencetuskan rusuhan hanya disebabkan skuad Wira Merah sekali lagi tewas kepada Negeri Sembilan 0-1 di Stadium Sultan Mohammed ke-IV dalam perlawanan panas separuh akhir pertama piala FA yang sarat dengan kekasaran malam tadi.

Kali ini sejurus selepas perlawanan yang dikawal ketat, pihak polis pula menjadi sasaran mereka di luar stadium apabila kenderaan pihak berkuasa terbabit diterbalikkan dan dibakar!
Bukan hanya kenderaan polis, kereta milik Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa tidak terkecuali dirosakkan manakala 10 kereta turut menerima nasib yang sama.
Tidak cukup dengan itu, cermin pintu masuk stadium turut dirosakkan dibaling dengan batu.
Pihak polis yang berusaha mengawal keadaan di tengah hiruk-pikuk penyokong Kelantan akhirnya terpaksa melepaskan gas pemedih mata kira-kira pukul 12 malam tadi selepas perusuh enggan bersurai.

Annuar Musa bersama para pegawai, pemain skuad negeri dan Negeri Sembilan terpaksa berkurang dalam kawasan stadium sehingga lewat tengah malam.
Difahamkan hampir 300 orang anggota polis termasuk Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan bagi mengawal perlawanan itu. Setakat ini difahamkan tiada tangkapan dibuat.

Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan membuktikan mereka sebenarnya pasukan yang lebih baik berbanding Kelantan dengan menewaskan pasukan tuah rumah 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA malam tadi.

Gol tunggal jaringan Mohd. Zaquan Adha Radzak di minit ketujuh separuh masa pertama berjaya menumpaskan Halim Napi untuk memberi kemenangan kepada pasukan pelawat.
Ini merupakan kemenangan kedua dalam tempoh seminggu bagi pasukan pelawat itu setelah sebelum ini memalukan Kelantan dengan meleburkan rekod tanpa kalahnya di gelanggang sendiri dalam perlawanan Liga Super Selasa lalu.

Negeri Sembilan yang ditunjangi pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Rizal Zamri Yahya, Idris Karim menyesakkan nafas Kelantan yang mengimpikan peluang untuk mencipta sejarah bukan sahaja beraksi di peringkat separuh akhir tetapi bagi menjulang Piala FA.
Dalam pada itu, di KANGAR, Perlis, Pasukan Singa Utara hanya sekadar seri 1-1 ketika berdepan pasukan Selangor di Stadium Utama Negeri malam tadi.

Singa Utara mengejutkan Gergasi Merah selepas pemain Perlis, Ridzuan Othman berjaya menjaringkan gol pertama pada minit pertama selepas wisel dibunyikan pengadil permainan.
Namun, Selangor kemudian berjaya menyamakan kedudukan apabila hantaran tinggi Mohd. Amri Yahyah ditanduk sempurna P. Chandran (m-34).

Apa pun, perlawanan itu turut dicemari selepas keadaan menjadi kecoh dengan insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain Perlis, Amzah Junaidi Abd. Jalil yang tidak berpuas hati terhadap pemain Selangor, P. Chandran.

Perlawanan malam tadi juga menyaksikan dua kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Shokri Nor kepada Mohd. Amri dan pemain Perlis, Nizaruddin Yussof. Sebanyak 10 kad kuning turut dilayangkan pengadil.

Theredwarriors said: Bilo-bilo pemain negeri sembilan jangan provoke lebih-lebih orang…Halim tu jenis makan orang sokmo..pah polis jangan wk buto mato saloh igat org..baham budak sekolah depan penonton vtu buat penonoton kelantan marah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: