United, Arsenal yakin menang


ROONEY (kiri) berlatih bersama bintang sensasi baru United, Federico Macheda sebagai persiapan menghadapi FC Porto pada saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara, hari ini.

Fergie, Wenger galas harapan kelab Inggeris mara ke peringkat separuh akhir

LONDON: Dua kelab elit Inggeris – Manchester United dan Arsenal akan turun ke gelanggang, hari ini (awal pagi Rabu waktu Malaysia) menghadapi saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara dengan perasaan penuh yakin mencipta keputusan positif.

Sambil United pimpinan Alex Ferguson menentang bekas juara, FC Porto dari Portugal di Old Trafford, Arsenal akan berkunjung ke Villarreal di Sepanyol untuk menyalakan harapan kelab Inggeris mara ke saingan kelompok empat teratas edisi kali ini.

United harus ceria dengan kepulangan Wayne Rooney, Nemanja Vidic dan Paul Scholes dalam skuad selepas mereka digantung daripada perlawanan domestik, minggu lalu, manakala kemenangan dramatik 3-2 ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin harus memberi tonik baru.

Ferguson sudah mula bermain psikologi apabila memberi tekanan kepada Liverpool dan Chelsea dengan kata-kata sinis bahawa pemenang perlawanan itu bakal bertemu mereka untuk menentukan kejuaraan.

Arsenal yang turut mencipta kemenangan 2-0 ke atas Manchester City, Sabtu lalu jelas bersemangat dengan pengurus pasukan, Arsene Wenger menyuarakan peluang realistik pasukan ‘The Gunners’ menjuarai trofi utama Eropah, musim ini.

“Kami kini bermain tanpa sebarang halangan dan menuju ke Liga Juara-Juara dalam keadaan bersemangat, fokus, penuh kepercayaan dan komitmen. Saya masih percaya musim ini akan beri kejayaan buat kami,” kata Wenger.

Apapun, harapan Ferguson membina jurang selesa ketika menentang Porto bakal diperkukuhkan andai bek tengah Rio Ferdinand pulih daripada kecederaan belakang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: