Misi Serampang Dua Mata


Kesebelasan utama Kelantan yang dipertaruhkan malam ini
Malam ini pertembungan dramatik Kelantan dan N.Sembilan dalam separuh akhir piala fa di Stadium Sultan Muhammad ke4 berulang kembali.Kelantan mempunyai dua misi penting…iaitu perlu menewaskan N.Sembilan dengan jumlah gol yang besar serta membalas dendam maruah yang tercalar ekoran kekalahan kepada N.Sembilan dalam saingan liga super minggu lepas.
Di atas kertas Kelantan sememangnya berupaya untuk menewaskan NS.Berbekalkan semangat padu serta sokongan dari peminat tempatan Kelantan tiada alasan untuk kalah sekali lagi.
Strategi ampuh dari pengendali Red Warriors Peter Butler serta dibantu oleh ayam tambatan kelantan suatu masa dulu Hasyim Mustafa dan Sidek amat di tagih peminat agar dapat menembusi kekebalan pertahanan NS.
Sandaran kali ini diletakkan kepada ketua pasukan piya serta jentera serangan norfarhan dan khalid jamlus serta kelicikan ‘budak sekolah’ iaitu Zamri bagi merealisasikan impian Kelantan membawa pulang piala fa unutk tatapan peminat.
Peter Butler seharusnya merehatkan Azlan yang ternyata tidak mampu mengawal kelincahan pemain NS terutamaya Zaquan walaupun di khabarkan tidak akan diturunkan kerana mengalami masalah kesihatan.Azlan boleh di ganti dengan Sarudy yang ternyata lebih pantas dari beliau serta mampu mengekang penyerang lincah seperti Zaquan.
Apa yang mengecewakan peminat Kelantan sekarang adalah tiket-tiket untuk tempat duduk astaka telah habis dijual dan ulat-ulat tiket mengambil kesempatan dengan menjual pada harga sekali ganda dari harga tiket asal.
Perkara ini sepatutnya mendapat perhatian dari pengurusan KAFA kerana ia menjejaskan serta melunturkan semangat peminat-peminat yang ingin menyaksikan perlawanan ini.
Ayuh The Red Warriors kita pastikan Negeri Sembilan di ganyang secukup-cukupnya!!!Kita pastikan Wan jamak yang takbur serta riak itu pulang dengan tangan kosong….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: