Kelantan mencari bekalan selesa serta mahu lunas hutang


BADRI (kiri) akan mengetuai kebelasan utama pasukan Kelantan pada pertemuan menentang Negeri Sembilan malam ini.KELANTAN memburu defisit tiga gol.

SELEPAS diaibkan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super minggu lalu, Kelantan lebih berhati-hati ketika melayan kunjungan pasukan pelawat pada separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, malam ini.

Bagaimanapun, kekalahan 1-2 kepada Negeri Sembilan tidak menghadirkan tekanan buat skuad ‘The Red Warriors’ berdepan lawan di depan penonton sendiri.

Ketua pasukannya, Md Badhri Md Radzi mahu kepercayaan penyokong tempatan bagi membuktikan mereka mampu melunaskan hutang kekalahan minggu lalu serta ingin mencari seberapa banyak gol tanpa bolos.

Itu misi utama skuad yang mendapat jolokan Wira Merah itu apabila melayan kunjungan Negeri Sembilan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Tidak mahu lagi menoleh kebelakang mengingati episod malang ketika bertemu pasukan yang sama dalam saingan Liga Super minggu lalu, skuad Kijang mahu menjaringkan lebih banyak gol untuk memperoleh bekalan selesa apabila berkunjung ke tempat lawan pada pusingan kedua nanti.

Justeru, peranan penyerang utama pasukan tersebut akan dikerah bagi memastikan misi itu tercapai selain melakar sejarah mara lebih jauh dalam saingan piala berprestij ini setelah sekian lama terpinggir.

Ketua pasukan, Md. Badri Mohd. Radzi berkata, persiapan rapi telah direncanakan oleh pengendali Kelantan, Peter James Butler bagi mengenal pasti serta menutup lompang kelemahan barisan yang ada.

Ujarnya, strategi baru dibentuk untuk memberi kejutan kepada pasukan lawan dengan formasi kesebelasan utama mungkin akan berlaku perubahan.

“Kita mahu menjaringkan gol sebanyak mungkin, juga tidak mahu beri peluang kepada lawan untuk meloloskan diri.

“Kelantan tidak rela perjuangan untuk memburu piala ini terhenti setakat separuh akhir saja, kita mahu pergi sampai ke akhir,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, semua rakan-rakannya berada dalam keadaan cergas untuk beraksi, cuma penyerang, Ramzul Zahini Adenan masih belum pulih daripada kecederaan yang dihadapi ketika menentang Negeri Sembilan minggu lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim mahu setiap pemain melupakan episod malang ketika kalah pada pasukan yang sama, sebaliknya menumpukan kepada misi untuk menang dalam perlawanan malam ini.

Katanya, semangat juang ketika menentang Kedah, Sabtu lalu perlu dijadikan pedoman untuk melakukan kejutan dalam perlawanan ini.

“Yang lepas, biar lepas. Kita tetap berjumpa dengan pasukan yang sama, cuma pamerkan persembahan sebenar untuk terus menang,” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: