United kembali di puncak





RONALDO (kiri) melakukan sepakan lencong yang menerjah jaring Aston Villa dalam saingan EPL di Old Trafford, malam tadi. United menang 3-2.

Dua gol Ronaldo redakan ketegangan melanda Old Trafford

MANCHESTER: Kebangkitan lewat serba hebat dijelmakan Manchester United yang kembali merajai persada Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa di Old Trafford, malam tadi. 

Ketika keputusan seri tampak sudah hampir terjelma, penyerang muda berusia 17 tahun dari Itali, Federico Macheda, menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan buat United memadam badi dua kekalahan sebelumnya.

Ia membolehkan United kini memiliki 68 mata daripada 30 perlawanan – satu mata mengatasi Liverpool yang sudah beraksi lebih satu perlawanan. 

United membuka tirai jaringan pada minit ke-13 apabila Cristiano Ronaldo menyempurnakan rembatan sepakan percuma yang cantik menerjah penjuru kanan gawang gol Villa menewaskan Brad Friedel. 

John Carew memastikan kedudukan terikat pada minit ke-30 menerusi tandukan ke sasaran sebelum mengumpan buat Gabriel Agbonlahor menanduk masuk gol pendahuluan Villa pada minit ke-58. Ronaldo bagaimanapun melegakan tuan rumah dengan gol penyamaan, 10 minit sebelum tamat.

Gol kemenangan mereka terjelma pada masa kecederaan menerusi tindakan penyudah cantik Macheda yang sama sekali melepasi jangkauan Friedel. 

Dalam satu lagi aksi Liga Perdana, semalam, penyerang Brazil, Jo menyumbat dua gol untuk memperkukuhkan harapan Everton layak ke kancah bola sepak Eropah, musim depan dengan kemenangan 4-0 ke atas Wigan. 

Kejayaan itu adalah kemenangan terbesar bagi kelab Merseyside itu untuk kian menguatkan cengkaman di tangga keempat carta liga. 

Jo membuka tirai jaringan pada minit ke-26 dengan rembatan paras rendah hasil umpanan Leon Osman dan menjaringkan satu lagi minit ke-51. Gol lain Everton diaringkan Marouane (m-47) dan Osman (m-61)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: