Kehangatan memuncak Piala FA



SELEPAS berehat lebih sebulan, tirai Piala FA semakin hampir ke penghujung dengan empat pasukan terakhir akan memulakan saingan masing-masing, malam esok.

Sukar membuat ramalan terhadap empat pasukan – Perlis, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan memandangkan mereka sekarang menghuni empat kelompok pasukan teratas dalam Liga Super.

Apa yang menarik ialah pertembungan Kelantan dan Negeri Sembilan di Kota Bharu, mengulangi perlawanan liga, Jumaat lalu dengan kemenangan berpihak kepada skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan, 2-1.

Kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan ketika itu sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri dan atas sebab itulah kunjungan kedua, barisan Wan Jamak tidak lebih daripada mengulang kejayaan sama.

Dalam satu lagi pertembungan, Perlis menentang Selangor tidak kurang hebat juga dan mengambil kira rekod pertemuan kedua-dua pasukan lalu, boleh dikatakan seimbang meskipun Perlis pernah tewas 1-0 kepada Selangor di Shah Alam, beberapa bulan lalu.

Iktibar daripada itulah membuatkan skuad bimbingan Irfan Bakti kelihatan bersedia meskipun semua pasukan berdepan jadual perlawanan ketat.

Perlis layak ke separuh akhir selepas menang 1-0 secara agregat ke atas skuad pelapis negara, Harimau Muda pada saingan suku akhir.

Sementara Selangor layak selepas menundukkan Perak 4-1 secara agregat. Selangor adalah finalis tahun lalu tetapi sekadar naib juara selepas tewas 2-3 kepada Kedah yang sudah tersingkir pada pusingan kedua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: