Tugas berat Kelantan berdepan Kedah


KELANTAN mengakui bakal berhadapan tugas berat apabila menentang Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim berkata, pasukan Hijau Kuning itu mula menunjukkan kebangkitan dan telah menemui rentak kemenangan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Sehubungan itu menurutnya, kesebelasan utama skuad Wira Merah tersebut perlu mempamerkan persembahan lebih mantap bagi mencuri tiga mata penuh di gelanggang lawan, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam carta Liga Super.

Beliau percaya, jurulatih James Peter Butler tahu strategi apa yang akan diterapkan untuk memerangkap pasukan Kenari yang semakin menampakkan peningkatan kebela- kangan ini.

“Kelantan perlu bangkit dan perlu menang pada perlawanan menentang pasukan Kedah bagi mengembalikan keyakinan penyokong mereka.

“Saya juga berharap agar pemain Kelantan terutama jentera pertahanan tidak mengulangi kesilapan lalu sehingga memberi peluang kepada pemain lawan mendapat gol mudah,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Setakat ini Kelantan berada di tempat ketiga Liga Super dengan 21 mata manakala Kedah pula di tangga kelima dengan 19 mata.

Dalam pada itu, Azman berkata, Kelantan terpaksa melupakan khidmat pemain penye- rang, Ramzul Zahini Adenan yang mengalami kecederaan serius pada perlawanan menentang Negeri Sembilan sebelum ini.

Menurutnya, kehilangan Ramzul Zahini akan diganti dengan pemain lain yang akan ditentukan oleh Peter Butler kelak.

Bagaimanapun jelasnya, seorang lagi penyerang, Nor Farhan Mohamad mungkin dapat beraksi menentang Kedah memandangkan kecederaan yang dialaminya tidak membimbangkan.

Credit:-Kosmo



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: