Red warriors tumbang…


Kekalahan pertama di tempat sendiri

Pertembungan dramatik antara Kelantan dengan Negeri Sembilan menyaksikan rekod tanpa kalah The Red Warriors di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad ke 4 lebur apabila kecundang 2-1 diahadapan lebih 20 ribu penonoton setia Kelantan.

Bibit-bibit kekalahan dapat dilihat apabila supersub kelantan ramizul terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.Kemasukan bekas penyerang kebangsaan Khalid Jamlus tidak mampu merubah keadaan kerana negeri sembilan bermain secara bertahan dan sekali-sekala melancarkan serangan balas.

Kelantan juga seolah-olah hilang punca apabila Badri Radzi yang di tugaskan sebagai kapten untuk memimpin pemain-pemain lain hanya mampu menjadi pelengkap pemain pada perlawanan penting ini.Kemerosotan ketara prestasi beliau boleh dilihat dalam 2 perlawanan sebelum ini walaupun mampu menjaringkan gol ketika bertemu Pulau Pinang minggu lepas

Malam malang kelantan menjelma lagi pada minit ke-40 apabila kesilapan penjaga gol veteran Halim Napi yang lambat keluar dari posisi dan pemain negeri sembilan Shahruain Abu Samahmudah menolak masuk bola ke gawang Kelantan.

Tersentak dengan gol tersebut kelantan cuba bangkit namun gagal menembusi kekebalan benteng negeri sembilan.Episod malam kelantan berterusan pada separuh masa kedua apabila kesilapan pertahanan serta tindakan bodoh dari Halim Napi yang tidak mengeluarkan bola dari kawasan gol membawa padah apabila kembar negeri sembilan iaitu Zaquan Adhamenolak mudah kegawang yang terbuka luas.

Kelantan cuba melakukan perubahan dengan memasukan Che Hisamuddin tetapi masih gagal menghasilkan gol.Aksi pengadil perlawanan yang ‘melayan’ gelagat pemain-pemain negeri sembilan berlakon juga serba sedikit merencatkan tempo permainan kelantan.

Akhirnya kelantan memperolehi gol pertama menerusi Indra Putra mahyudin yang memyempurnakan sepakan penalti yang di hadiahkan kepada Kelantan setelah penjaga gol negeri sembilan menjatuhkan Zairul Fitri di dalam kotak penalti..

Kelantan seolah-olah mendapat semangat baru setelah mendapat gol pertama cuba mengandakan asakan namun apakan daya hampir ke semua pemain negeri sembilan telah berkampung di kawasan sendiri dan meletakan ‘bas ekspress’ dihadapan pintu gol mereka bagi mengelakkan gawang mereka dibolosi.

 Kelantan mempunyai peluang terbaik untuk menghasilkan gol apabila sepakan penjuru yang diambil Badri radzi di tanduk sipi Che Hisammudin kegawang Negeri Sembilan dan bola telah pun menerjah masuk kegawang tetapi sempat dikeluarkan pemain Negeri Sembilan dan gol tersebut tidak dikira oleh pengadil perlawanan Shokri Nor kerana dikatakan belum melepasi garisan gol.

Walaupun kekalahan ini sukar diterima ianya diharap menjadi pembakar semangat serta pengajaran kepada pasukan Kelantan untuk bertemu dengan Negeri Sembilan lagi pada 7 april ini di gelanggang sama bagi mengisi slot ke perlawanan akhir piala FA.

Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain kerana berkerja keras menahan asakan pemain negeri sembilan serta semangat untuk menjaringkan gol namun nasib tidak menyebelahi Kelantan.

Apa yang dapat disimpulkan dalam perlawanan ini ialah:-

 Kelantan:-

  1. Sepatutnya Ramizul dimasukkan pada separuh masa kedua untuk mengantikan Khalid jamlus tetapi ramizul dimasukkan terlalu awal.
  2. Kelantan patut meletakkan Sarudy atau Farisham di bahagian pertahanan dan tidak meletakkan Azlan yang permainannya perlahan dan tidak mempunyai skil pemain professional.
  3. Kapten kelantan Badri Radzi tidak berfungsi…sepatutnya diganti dengan pemain lain.
  4. Halim Napi perlu menukar corak permainan supaya lebih serius dalam setiap perlawanan dan tidak lalai.
  5. Menyokong tindakan pegawai-pegawai KAFA yang melakukan bantahan terhadap Wan Jamak yang disifatkan kurang ajar dan mengajak pembantu jurulatih Kelantan bertumbuk

Negeri Sembilan:-
  1. Kepada Wan Jamak jangan terlalu emosional dan melakukan psikologi terhadap pengadil
  2.  dan penjaga garisan
  3. Pemain-pemain negeri sembilan tiada kualiti permainan yang bagus kerana hanya mengamalkan corak bertahan dan suka melambatkan-lambatkan perlawanan

 FAM:-

  1. Jangan ambil pengadil yang tidak professional,ini bukan piala Maggi tapi liga super malu orang luar tengok.
  2. Pengadil perlawanan tidak professional dan suka meniup wisel walaupun hanya untuk kesalahan kecil,ini menjejaskan tempo permainan.

Penyokong Kelantan:-

  1. Salah satu penyebab Kelantan kalah malam ini kerana kerap membaling botol dan mercun
  2. Kesempatan tersebut dimanipulasi oleh pemain-pemain negeri sembilan dengan melengah-lengahkan permainan dan pengadil sememangnya gagal mengawal perlawanan tersebut.
  3. KAFA akan didenda RM10000 untuk kesalahan yang dilakukan penyoong pada perlawanan semalam
  4. Penyokong diminta lebih berdisiplin dan tidak terlalu emosional.

theredwarriors@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: