Jang intai peluang terajui takhta liga


NEGERI Sembilan melaungkan keyakinan untuk terus mencabar kedudukan tiga pasukan teratas Liga Super, sebaik turun menentang Kelantan, Selasa depan, dalam usaha meletakkan kembali pasukan di puncak saingan berprestij itu.

Ketika ini Negeri Sembilan hanya ketinggalan dua mata daripada tiga pasukan teratas carta iaitu Selangor, Kelantan dan Perlis selepas mengharungi lapan perlawanan.Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, berkata keyakinannya bersandarkan kepada peningkatan prestasi pemain Negeri Sembilan termasuk pemain muda yang kini sudah membuktikan persembahan cemerlang hingga mampu meletakkan skuad berkenaan pada posisi meyakinkan.

Menurutnya, pihaknya menarik nafas lega kerana persefahaman anak buahnya semakin kukuh untuk menyerlahkan keputusan lebih baik selepas ini, malah persembahan pemain seperti S Kunalan, Shahurain Abu Samah, Mohd Rahman Zabul dan Mohd Afendy Adimel dilihat terus meningkat.

“Selain itu, gandingan kembar, Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Abdul Radzak bersama pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya, Mohd Shukor Adan, Idris Karim (gambar) serta Ching Hong Aik, yang terus menjadi tonggak utama pasukan.

“Saya yakin Negeri Sembilan berpeluang mencipta kejayaan yang lebih baik musim ini berbanding naib juara Liga Super musim lalu dan sememangnya itu menjadi matlamat utama kita,” katanya semalam.Beliau berharap supaya pemain tidak leka sebaliknya sentiasa fokus kepada tugas yang disandarkan kerana perjuangan belum selesai dan banyak lagi cabaran yang bakal dihadapi bagi memastikan kejayaan pasukan.

Katanya, tumpuan kini terarah kepada misi melenyapkan cabaran Kelantan pada Selasa depan dan beliau mungkin akan melakukan perubahan taktikal bagi menjamin kemenangan.

Hmetro

The Red Warriors said:koya parok wan jamak…kalu blh ari2 nok suruh wartawan interview…hok sebenarnya dia kecut perut nok jupo kelate selasa ni…taktik dio blh baco doh main mcm kelate lwn selangor…bertahan dan buat counter attack…jangan harap lah kelate loni tok serupo mulo…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: