Jaguh tomoi dunia di Kota Bharu


PERSATUAN Boksing Negeri Kelantan dan Boxx Event dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengadakan Kejohanan TM-Tomoi Antarabangsa Kelantan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu pada 27 hingga 29 Mac ini.


Kejohanan tersebut menampilkan beberapa jaguh dunia selain dijadikan platform untuk memilih peserta ke kejohanan dunia pada Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peminat sukan tomoi tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh sukan seni mempertahankan diri pada kejohanan yang cukup berprestij itu kelak.

“Pada kejohanan tajaan Telekom Malaysia Berhad (TM) ini, sebanyak 42 peninju dari dalam dan luar negara akan bertarung dalam beberapa kategori bagi merebut Piala Menteri Besar.

“Terdapat dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu Super Fight dan Super Four melibatkan berat badan di bawah 57.5 kilogram (kg), bawah 61.5kg dan bawah 63.5kg,” katanya pada sidang media di Kota Bharu semalam.

Katanya, antara jaguh tempatan yang akan menyertai kejohanan ini ialah Saiful M150 yang merupakan juara Persekutuan Muay Thai Dunia bagi kategori lightweight.

Menurut Takiyuddin, kejohanan itu merupakan salah satu kejohanan terbesar pernah dianjurkan di negara ini.

Jelasnya, antara negara yang menghantar peserta ialah Thailand, Perancis, Sweden, Uzbekistan, Iran, Afghanistan, Poland, Sepanyol, Afrika Selatan, Tunisia, England dan Turki.

“Kami menjemput semua peminat seni mempertahankan diri ini supaya datang beramai-ramai dan memberi sokongan kepada peserta-peserta yang bertanding.

“Semua perlawanan akan diadakan bermula pukul 8 malam manakala tiket pula boleh dibeli di pekarangan stadium bermula pukul 3 petang setiap hari,” ujarnya.


Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: