Pesta gol Liverpool berterusan


LONDON: Hatrik Steven Gerrard menunjangi aksi memukau Liverpool yang membenam Aston Villa 5-0 di Anfield untuk mencantas kelebihan Manchester United di persada Liga Perdana Inggeris kepada hanya satu mata, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Rafa Benitez itu nyata menenggelamkan langsung tentangan lawan untuk kini memiliki 64 mata selepas 30 perlawanan. United, dengan 65 mata, bagaimanapun masih punya baki satu perlawanan tambahan.

Apa yang pasti, rentetan aksi hebat Liverpool – bermula dengan kemenangan 4-0 ke atas Real Madrid sebelum dituruti kejayaan 4-1 menundukkan United, minggu lalu – berterusan apabila gawang Villa sudah dibolosi selepas hanya enam minit aksi.

Dirk Kuyt berada di posisi terbaik untuk mengutip lantunan bola sepakan percuma Steven Gerrard yang terkena palang sebelum meledakkan volley deras yang sama sekali menggamamkan penjaga gol Villa, Brad Friedel.

Friedel sekali lagi terpedaya, pada minit ke-33, apabila umpanan jauh Pepe Reina terus ke arah Alberto Reira yang meluru dan menyungkit bola melepasinya untuk gol kedua tuan rumah.

Riera kemudiannya berwatak pencipta gol ketiga apabila dijatuhkan dalam kawasan penalti untuk Gerrard menyempurnakan anugerah itu dengan rembatan tepat ke sasaran pada minit ke-39.

Villa terus ditimpa malang, lima minit selepas rehat, apabila sepakan percuma leret Gerrard di luar kawasan penalti melepasi jangkauan Friedel untuk Liverpool berkelebihan 4-0.

Igauan ngeri penjaga gol dari Amerika Syarikat itu lengkap apabila Friedel dibuang padang pada minit ke-63 selepas menjatuhkan Fernando Torres untuk Gerrard menyempurnakan penalti buat melengkapkan hatriknya.

Sementara itu, aksi awal semalam menyaksikan Wigan mencerahkan harapan beraksi di Eropah apabila gol lewat Ben Watson menjamin kemenangan 1-0 ke atas Hull City untuk naik ke tangga ketujuh liga.

Manchester City turut merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Sunderland, hasil gol jaringan Micah Richards pada minit ke-56 untuk kini di tangga ke-10. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: