Selangor kekal pendahulu, Kelantan terus ekori rapat


PENYERANG Kelantan, Norfarhan Mohamad (tengah) menjaringkan gol pertama pada perlawanan Liga Super bertemu Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohd ke-1V, malam tadi.

SELANGOR mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Kuala Muda Naza 2-1 di Stadium Darulaman biarpun diikuti rapat oleh Kelantan yang menjinakkan Pulau Pinang 4-1, semalam.

Skuad Merah Kuning lebih banyak mengatur serangan pada babak pertama dengan peluang awal hadir seawal minit keempat apabila bek kanan, Razman Roslan meledakkan rembatan kencang dari jarak 25 meter yang terkena palang gol KM Naza.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali kerap menggugat benteng tuan rumah sepanjang babak pertama, namun dia gagal melakukan penyudah baik walaupun beberapa kali melepasi benteng lawan.

Pelawat terus mengasak pada babak kedua dan usaha mendapatkan gol pertama akhirnya berjaya pada minit ke-69 menerusi Rudie Ramli, selepas pantas melakukan tindakan susulan daripada bola muntah rembatan Safee yang dihalang benteng lawan.

KM Naza cuba mengimbangi perlawanan dengan memasukkan bekas penyerang utama kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua.

Namun Selangor mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua yang dijaringkan Azrul Hafiq Amran pada minit ke-80 sebelum KM Naza merapatkan kedudukan tiga minit kemudian menerusi sepakan penalti Akmal selepas bola terkena tangan Khairul Anuar Baharom.

Di Kota Bharu, Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-22, menerusi jaringan Norfarhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantaran Ramzul Zahini Adnan.

Kelantan kemudian menambah gol menerusi Ramzul (m-36), Norfarhan (m-56) dan Mohd Badri (m-65) sebelum Mohd Norhaslan (m-90) mendapatkan gol sagu hati pelawat.

Dalam perlawanan lain, Polis tewas 0-2 kepada Kedah, Perlis seri 0-0 dengan Perak, KL Plus tewas 0-1 kepada Johor FC, MyTeam seri 1-1 dengan Negeri Sembilan manakala Terengganu menjinakkan Pahang 3-0.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: