Kalah lagi, United malap, trofi mungkin lesap


WAJAH sedih dua bintang Manchester United, Wayne Rooney (kiri) dan Cristiano Ronaldo ketika pasukan itu tewas kepada Fulham 0-2 di Craven Cottage semalam.

LONDON – Selepas Liverpool, kali ini giliran Fulham memalukan pendahulu Liga Perdana England, Manchester United yang mungkin kehilangan peluang untuk memenangi dengan mudah kejuaraan liga itu.

Beraksi di laman sendiri, Craven Cottage, Fulham ternyata menampilkan aksi cukup bertenaga untuk mencatatkan kemenangan bergaya 2-0.

Bibit-bibit kekalahan United mula terjelma apabila pemain tengahnya, Paul Scholes dilayangkan kad merah pada minit ke-18.

Ia ekoran tindakan Scholes yang sengaja menampan bola dalam kotak penalti bagi menghalang tandukan penyerang Fulham, Bobby Zamora.

Kapten Fulham, Danny Murphy yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti tersebut mudah menolak masuk bola ke gawang United yang dikemudi Edwin van der Sar.

Babak kedua bersambung menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi memburu gol.

Bagaimanapun, United harus menyalahkan diri sendiri kerana beberapa percubaan daripada ayam tambatan mereka, Wayne Rooney serta Cristiano Ronaldo gagal disudahkan dengan baik.

Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan dengan jaringan tunggal Murphy, Zoltan Gera terus menceriakan penyokong tuan rumah dengan gol kedua pasukannya pada minit ke-87.

Dua minit kemudian, United terus tersentak apabila Rooney menerima kad kuning kedua, sekali gus menyaksikan dia dilayangkan kad merah oleh pengadil Phil Dowd. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: