Pemburuan takhta kembali terbuka


KAPTEN Steven Gerrard menjaringkan gol kedua Liverpool
menerusi sepakan penalti pada aksi di Old Trafford semalam.

MANCHESTER – Pemburuan takhta Liga Perdana England kembali terbuka selepas Liverpool berjaya membelasah Manchester United 4-1 di Old Trafford semalam.

Kemenangan yang dilakar Liverpool itu sekali gus memecah rekod tanpa kalah United di gelanggang sendiri musim ini.

Ia juga merupakan kekalahan kedua United kepada Liverpool musim ini selepas skuad Red Devils itu tewas 1-2 di Anfield pada 13 September lalu.

“Saya sukar menerima kekalahan ini kerana pasukan kami berada pada prestasi baik. Saya anggap ini merupakan hari malang buat kami,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Sebelum perlawanan bermula, United begitu gah dengan kelebihan tujuh mata tetapi kekalahan kepada Liverpool telah menyebabkan kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan empat mata.

Bintang United, Cristiano Ronaldo menggembirakan peminat tuan rumah apabila meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-23.

Sepakan penalti itu berpunca apabila Park Ji-sung dijatuhkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina dalam kotak penalti.

Bagaimanapun penyerang Liverpool, Fernando Torres dan kapten Steven Ger- rard masing-masing menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama.

Ketinggalan satu gol, United terus menggandakan asakan sebaik separuh masa kedua bermula tetapi mereka tetap gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan Liverpool.

Ferguson membuat tiga pertukaran serentak pada minit ke-74 dengan memasukkan Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan Paul Scholes menggantikan Michael Carrick, Ji-sung dan Anderson.

Namun, percaturan itu memakan diri apabila pertahanan, Nemanja Vidic yang dilayangkan kad merah dua minit kemu- dian selepas menjatuhkan Gerrard di luar kotak penalti.

Hasilnya, Liverpool berjaya menambah gol ketiga menerusi sepakan percuma yang diambil Fabio Aurelio seminit kemu- dian.

Pemain pertahanan, Andrea Dossena melengkapkan malam derita United apabila menjaringkan gol keempat Liverpool pada lewat perlawanan babak kedua.

One Response to “Pemburuan takhta kembali terbuka”

  1. jupo plk dlm piala fa…tgk sapo keras..arap ko gerrard jah..kalu tidok gak selok kero..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: