Red Warriors Sedia Mengganas


BUTLER memberi arahan kepada anak buahnya pada sesi latihan semalam menjelang pertemuan menentang UPB-MyTeam malam ini.
——————————————————————————-
Berbekalkan jaringan 1-1, Kelantan kini bersedia untuk meleburkan hasrat lawannya
untuk ke peringkat seterusnya Piala F.A apabila menerima kunjungan UPB MyTeams. Dengan kelebihan bermain di tempat sendiri dan dengan sokongan yang melimpah dari peminat-peminat,pasti membangkitkan semangat juang pemain-pemain Kelantan untuk membaham pasukan lawan di Stadium Sultan Muhamad IV, stadium keramat Red Warriors.

Tapi pasukan Kelantan sedikit ‘tempang’ bilamana penjaga gol utamanya, Halim Napi dan pemain pertahanan, Ahmad Azlan Zainal tidak dapat beraksi kerana dilayangkan kad merah dalam perlawanan terdahulu. Tetapi ketempangan ini tidak akan menjadi penghalang untuk kelantan menunjukkan bisanya kerana pemain simpanan juga mempunyai kredibiliti seimbang, seperti kata pepatah “Patah Sayap Bertongkatkan Paruh”.

Sentuhan penyudah Khalid Jamlus dan Indra Putra Mahayuddin selain Badri Radzi yang
bertindak merencanakan serangan ke atas pihak lawan sudah pastinya ditagih Kelantan. Gandingan mereka diharapkan dapat menewaskan pertahanan pihak lawan selain penjaga gol mereka, Syed Adney.

Sejarah mungkin akan terlakar sekali lagi di Stadium Sultan Muhammad IV, sama-samalah kita semua memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada skuad Kelantan.

Rujukan :Kosmo,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: