Suasana ‘panas’ di Shah Alam



PERGADUHAN tercetus antara penyokong Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam kelmarin sehingga menyebabkan campur tangan pihak polis.



MEMANG ‘panas’ aksi antara Kelantan dengan selangor di Stadium Shah Alam kelmarin.

Yang panasnya penyokong kerana tidak dapat mengawal emosi dengan apa yang berlaku di tengah padang.

Silap siapa?

Ramai berpendapat ia silap pengadil yang kadang-kadang membuat keputusan tak tepat.

Suasana dilihat agak tegang apabila penyokong Kelantan naik angin’ selepas penjaga gol mereka, Halim Napi dilayangkan kad merah pada minit ke-77 kerana dikatakan sengaja membaling bola ke arah pemain Selangor, C. Premnath.

Lantas baki 13 minit perlawanan itu telah menjadi sesuatu yang amat tidak selesa buat petugas-petugas media yang hadir membuat liputan perlawanan tersebut.

Petugas media terpaksa melindungi kepala dan juga komputer riba masing-masing daripada terkena balingan objek-objek termasuk botol air mineral, kerusi, kayu dan batu daripada penyokong-penyokong Kelantan.

Kekecohan itu turut mengakibatkan tempat duduk VIP dibaling dengan objek-objek yang keras.

Walaupun cuba ditenangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang turut berada di tempat duduk VIP itu, segelintir penyokong Kelantan itu tidak menghiraukannya langsung.

Selain itu, beberapa mercun juga dilihat dibaling ke arah padang.

Tidak cukup dengan itu, terdapat segelintir penyokong kedua-dua pasukan ‘bertempur’ di luar padang apabila mereka dilihat saling berkejaran mencabar satu sama lain.

Episod panas itu tidak berakhir di dalam stadium apabila kekecohan terus berlaku ketika penyokong kedua-dua pasukan beredar keluar stadium selepas perlawanan berakhir.

credit:Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: