Pasti ‘panas’ di Shah Alam


PERTEMBUNGAN antara Selangor dan Kelantan malam ini mempunyai signifikannya tersendiri kerana mempertemukan dua pasukan tangga teratas Liga Super.

Gergasi Lembah Klang itu akan berdepan sang Kijang yang merupakan pendatang baru dalam saingan Liga Super, liga paling kompetitif di negara ini.

Kehebatan pasukan Kelantan mula terbit sejak musim lepas lagi apabila ‘ayam import’ mereka yang diketuai oleh Mouhamadou Moustapha berjaya menarik penyokong ke stadium.

Momentum tersebut nampaknya diteruskan oleh pemain tempatan dan ia semakin pantas bergerak walaupun tanpa kehadiran pemain luar.

Tidak dapat dinafikan, bola sepak di Kelantan bagaikan disuntik nafas baru dan menjadi suatu fenomena yang sangat luar biasa apabila masyarakat tempatan mula bercerita tentang kehebatan pasukan bola sepak kesayangan mereka.

Selepas berjaya melangkah ke saingan suku akhir Piala FA dengan agregat 8-2 ke atas PDRM, sang Kijang dilihat semakin optimis dan mula berkira-kira untuk membawa pulang beberapa piala ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Berdepan Selangor, Kelantan sedar tugas mereka bukan mudah kerana lawan yang dihadapi merupakan pasukan yang jauh berpengalaman dan sudah beberapa kali memahat nama pada beberapa kejohanan bola sepak berprestij tanah air.

Selangor pula yang sudah dua kali tewas pastinya tidak akan mudah mengaku kalah di hadapan penyokong sendiri, manakala bagi Kelantan, kejayaan menewaskan Selangor bermakna mereka mendapat kemenangan moral.

Jurulatih Kelantan, Peter James Butler pastinya menyenaraikan pasukan terkuatnya ketika berkunjung ke Shah Alam malam ini dan beliau sememangnya dikenali sebagai jurulatih yang penuh dengan taktikal dan mampu mengubah rentak permainan dalam tempoh yang singkat.

Kelekaan dan perasaan terlalu yakin di kalangan pemain sering kali menjerat langkah sang Kijang dan ini adalah ‘racun’ yang perlu diberi- kan penawar segera oleh jurulatih dari England itu.

Bagi penyerang prolifik Kelantan, Khalid Jamlus, berdepan Selangor merupakan detik terbaik untuk membuktikan dia bukan calang-calang penyerang dan masih berbisa.

Empat gol dalam dua perlawanan ketika menentang Pahang dan PDRM sebelum ini merupakan isya- rat Khalid kepada peminat bola sepak tanah air tentang kebangkitannya sebagai penyerang digeruni.

Ketenangan ketika berada di dalam kotak penalti selain rembatan ‘maut’ yang dimilikinya amat diperlukan untuk merobek gawang Selangor yang dikawal oleh penjaga gol berpengalaman, Hamsani Ahmad.

Kelibat Norfarhan Mohamad tidak kurang pentingnya untuk menghadirkan igauan buruk buat pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom.

Selain itu, kepantasan dan kelin- cahan sayap Kelantan, Zamri Ramli dan Indra Putra Mahayuddin cukup untuk membantu jentera penggempur Kelantan mengaibkan Selangor di tempat sendiri.

Bagaimanapun, penekanan juga harus diberikan kepada kombinasi jentera tengah Kelantan apabila aksi ‘jeneral padang’ Kelantan, Badri Radzi dilihat sedikit menurun.

Badri kehilangan rakannya, Khairan Eroza Razali akibat kecederaan dan dua pemain yang dicuba digandingkan bersamanya sebelum ini iaitu Nafuzi Zain dan Wan Zaman Wan Mustapa belum menemui rentak.

Dia yang turut bertindak sebagai ketua pasukan, perlu mengembali- kan sentuhan berbisanya selaku perancang selain seorang lagi pemain tengah yang bakal diturunkan, perlu pantas menyesuaikan diri bersama Badri untuk merencanakan permainan.

Dalam pada itu, benteng pertahanan Kelantan yang dilihat kurang mantap juga perlu segera mencari ramuan untuk mengekang asakan Selangor.

Masalah komunikasi di barisan pertahanan yang diketuai Ahmad Azlan Zainal perlu diselesaikan dan menentang Selangor adalah peluang terbaik untuk buktikan mereka tidak mudah ditembusi.

Sementara itu, pemilihan Halim Napi untuk mengisi posisi penjaga gawang ketiga Kelantan, banyak menerima kritikan serta diragui.

Namun, bagi Halim ini adalah peluang terakhir untuk dia menabur bakti di negeri kelahirannya sebelum menggantung but.

Prestasinya yang menakjubkan kebelakangan ini menyebabkan penjaga gol utama Kelantan sebelum ini, Shahrizan Ismail banyak memanaskan bangku simpanan.

Bagaimanapun, Halim pastinya menjadi individu paling sibuk ketika menentang Selangor nanti apabila terpaksa berdepan penggempur kebangsaan, Safee Sali.

Dia yang kemarau gol sejak bebe- rapa perlawanan lalu pastinya mahu menjadikan pertemuan menentang Kelantan peluang untuk melepaskan badi tersebut.

Selangor yang memiliki beberapa lagi pemain bintang seperti Hardi Jaafar, Amri Yahyah dan Amirul Hadi Zainal, pastinya memberi cabaran hebat kepada anak buah Peter James Butler

Sumber : KOSMO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: