Kedah lembik, Kelantan menyengat



PEMAIN Kedah (tengah) dikatakan kurang menyerlah musim ini berbanding musim lepas.



JUARA bertahan Piala FA, Kedah tersingkir awal.

Sengat yang mereka pamerkan dua musim lalu sudah hilang bisanya.

Reputasi selaku juara treble musim lalu mula dipersoalkan.

Prestasi mereka terumbang-ambing dan rentak permainan pun semakin membosankan.

Barisan pemain yang sama masih diberi kepercayaan tetapi mereka bagaikan sudah hilang kejantanan, tidak sehebat dua musim lalu

Dalam saingan Liga Super, rentak skuad Hijau Kuning itu juga tidak konsisten.

Aksi mereka tidak ubah seperti anak kapal yang kehilangan nakhoda.

Mungkin ada juga betulnya bila ada cakap-cakap yang menyatakan kejayaan mereka meraih gelaran treble sebelum ini banyak bergantung kepada kecemerlangan tiga pemain importnya yang memang sukar disekat lawan terutama, Marlon Alex James.

Penyokongnya pula beranggapan, kejayaan Kedah adalah hasil sentuhan jurulatih mereka, Mohd. Azraai Khor Abdullah.

Musim ini, Azraai mempunyai barisan pemain yang sama kecuali tiga pemain import, namun prestasi mereka turun dengan mendadak.

Pemain yang sama tetapi prestasi sudah jauh berubah.

Pada mulanya, Kedah dilihat pasukan yang mempunyai barisan pemain muda yang berwibawa, tetapi berdasarkan prestasi pemain mereka sekarang, tanggapan itu macam tidak tepat.

Pemain ini seharusnya bertindak lebih cemerlang untuk terus melonjakkan skuad Hijau Kuning itu.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan bahawa kehebatan pemain muda Kedah pada musim lalu banyak dibantu oleh pemain import mereka.

Mungkin ada kebenarannya, kerana kemerosotan mereka musim ini dilihat sangat ketara.

Apa pun Kedah sudah terkeluar walaupun pada mulanya mereka adalah pilihan berdasarkan reputasi sebagai juara selain membariskan barisan pemain yang sama.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila mereka ditunjuk jalan keluar lebih awal oleh UPB-MyTeam, pasukan berstatus kelab.

Penyingkiran serta kemerosotan Kedah musim ini turut menjejaskan reputasi Azraai yang dianggap antara jurulatih terbaik dalam Liga M.

Selain itu, dia juga disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk mengisi jawatan jurulatih skuad kebangsaan.

Berdasarkan reputasi sekarang, adakah dia akan kekal sebagai pilihan untuk jawatan tersebut?

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan alasan Kedah sebaik tersingkir daripada Piala FA ialah masalah dalaman yang mereka alami seperti kecederaan dan juga keletihan.

Sebagai sebuah pasukan yang memiliki reputasi cemerlang, ia bukan alasan kerana sebelum ini Azraai pernah menyatakan bahawa barisan simpanannya juga tidak kurang hebatnya.

Tetapi ia tidak sama seperti yang dinyatakan kerana rentak mereka jauh berbeza berbanding ketika mereka berada di puncak.

Justeru, kemerosotan yang mereka lalui sekarang telah mengukuhkan tanggapan bahawa kecemerlangan mereka dua musim lalu banyak dibantu oleh tonggak import.

Apa pun, Kedah sudah terkeluar dan Piala FA pula akan membuka lembaran baru yang bakal menyaksikan kewibawaan pasukan baru.

Setakat ini, Kelantan dilihat sangat menyerlah, satu-satunya pasukan yang melangkah ke suku akhir dengan jumlah jaringan terbanyak.

Kelantan yang kini memimpin kedudukan Liga Super telah menghasilkan lapan gol pada pusingan kedua Piala FA dan ini membuktikan skuad yang mendapat jolokan Kijang itu bakal menjadi kuasa baru bola sepak tempatan.

Turut mewarnai Piala FA musim ini ialah skuad remaja negara, Harimau Muda yang dibimbing K. Rajagobal.

Mereka menyingkirkan pasukan berstatus elit, Terengganu dengan agregat 4-3.

Pasukan kelab dari Terengganu, T-Team juga memperlihatkan kewibawaan apabila menyingkirkan Sarawak dengan agregat 4-1.

Pastinya, kemaraan pasukan-pasukan baru ini akan lebih menghangatkan saingan dalam Piala FA dan tumpuan sudah pasti terarah kepada Kelantan yang dilihat mempunyai jentera penggempur paling ampuh setakat ini.

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis memang dijangka layak berdasarkan pencapaian mereka dalam Piala FA sebelum ini.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: