Malam penuh gemilang Kelantan



KAPTEN PDRM, Talfizam Taufik (kiri) menghalang gerakan Khalid pada aksi Piala FA
di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

MEMANG bukan calang-calang.
Selepas meratah Pahang dalam saingan Liga Super Selasa lalu, kini giliran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terpaksa menanggung kegarangan Kelantan musim ini.

Kemenangan 5-1 ke atas PDRM di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV pada aksi pertama, pusingan kedua Piala FA malam tadi menyaksikan Kelantan semakin komited memburu kejuaraan musim ini.

Babak pertama perlawanan menyaksikan persembahan hambar kedua-dua pasukan dan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal PDRM menerusi Fauzi Majid pada minit kelapan.

Bagaimanapun, penyerang Kelantan, Khalid Jamlus kembali meniupkan semangat tuan rumah tiga minit kemudian apabila bijak melakukan larian solo sebelum merembat masuk bola ke gawang lawan.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan sang Kijang menguasai sepenuhnya permainan dan pada minit ke-63, Khalid sekali lagi menggegarkan stadium dengan jaringan kedua peribadinya.

Lima minit berselang, giliran Norfarhan Mohamad mencetak nama sebagai penjaring apabila rembatannya gagal diselamatkan penjaga gol PDRM, Hamdan Sairi.

Kelantan yang mahu membawa bekalan selesa sebelum bertandang ke Selayang pada perlawanan kedua Selasa ini terus melancarkan serangan memburu gol.

Indra Putra Mahyuddin terus menggembirakan 10,000 penyokong tuan rumah dengan jaringan keempat pada minit ke-80.

Seminit kemudian, supersub Kelantan, Ramzul Zahini melengkapkan malam gemilang Kelantan dengan gol kelima tuan rumah.

Oleh KHAIRI MOHAMAD:Kosmo

One Response to “Malam penuh gemilang Kelantan”

  1. Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Kelantan mencipta sejarah tersendiri apabila menewaskan PDRM 3-1 untuk mara ke suku akhir dengan agregat 8-2. Lawan UPBMyTeam suku akhir…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: