"Manchester City" Malaysia pamer taring



PEMAIN Kelantan, Zairul Fitri Ishak@Ropi (kiri) bersaing dengan pemain Pahang, R. Surendran pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur kelmarin.

KELANTAN tetap merendah diri walaupun berjaya menempatkan diri pada kedudukan teratas Liga Super

Apa yang mereka utamakan ialah untuk mengekalkan prestasi cemerlang kerana ia akan memudahkan tugas untuk mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin liga.

Kemenangan besar 5-1 sehingga menempangkan langkah Pahang di laman sendiri malam kelmarin pastinya menghadirkan sedikit gerun di kalangan pasukan lawan.

Bagaikan terjaga daripada lamunan, Kelantan yang sebelum ini hanya menang tipis dalam dua perlawanan terakhir, sedar bahawa peningkatan prestasi sahaja yang mampu mengekalkan kedudukan mereka di puncak liga.

Bekas penggempur kebangsaan, Khalid Jamlus membuktikan gelaran ‘mesin gol’ masih layak dipegangnya apabila meledak dua gol pada perlawanan di Kuantan itu.

Bagaikan mahu membalas jasa pihak pengurusan, Khalid sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi melalui sentuhan penyudah yang menghadirkan kegembiraan kepada seluruh penyokong sang Kijang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim tidak mahu pemain terlalu selesa dengan kedudukan menguasai carta liga.

Menurutnya, perjalanan sang Kijang masih jauh dan 19 perlawanan yang mendatang pastinya menjanjikan cabaran yang lebih sengit.

“Kelantan masih belum mencapai kemuncak prestasi dan pasukan lawan pastinya sedang mencongak strategi untuk menewaskan kami.

“Pemain perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengekalkan prestasi selain taktikal yang lebih ampuh untuk mengatasi lawan,” katanya semalam.

Tambahnya, perlawanan menentang Pahang malam kelmarin membuktikan semua pemain komited dalam memburu kemenangan selain persefahaman yang cukup menakjubkan ditunjukkan.

Jelasnya, selepas mendahului dua gol, pemain agak leka sehingga menyebabkan tuan rumah berjaya mengambil kesempatan.

“Pada separuh masa kedua, kita tidak lagi menoleh kebelakang apabila terus mengasak kubu lawan dengan permainan lebih agresif dan bersifat taktikal.

“Hasilnya, kita berjaya menjaringkan tiga gol selain barisan pertahanan juga menjalankan tugas dengan baik mengekang asakan lawan,” ujarnya.

Pujian juga harus diberikan kepada teraju pertahanan, Ahmad Azlan Zainal yang berjaya mengemudi benteng Kelantan dengan baik sehingga menyukarkan pemain Pahang untuk menembusinya.

One Response to “"Manchester City" Malaysia pamer taring”

  1. Jerry Buttler Says:

    Kawe raso label ManCity Malaysia adolah puok2 media jah bui gelare tu.. BohWA sangkal bahwa klate berbelanjo besar tahun ni… Puok2 Star hok klate pacing tu nok main nge klate atas faktor pengurusan n penyokong klate yang dianggap terbaik ketika ini.

    Tahniah pado pasuke klate kerana komitmem semua orang(Coach,ass.coach,player, pengurusan n fan) membawa klate ke mercu teratas liga… Arap Terus Berkekalan Kehebatan n Keunggulan Pasukan “THE RED WORRIOR” rojor!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: