Liga M Perlukan Jurulatih Luar



”Liga Malaysia perlukan jurulatih luar,” demikian ditegaskan secara berulangkali oleh jurulatih Kelantan, Peter James Butler.

Beliau berkata, kehadiran jurulatih luar dapat menyumbang idea-idea baru untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan yang sebenarnya berpotensi untuk berkembang seiring dengan negara lain di rantau ini.

Jurulatih skuad Kijang dari England itu berpendapat, bola sepak negara ini ‘tidak akan ke mana’ tanpa bantuan jurulatih luar.

“Bawa masuk jurulatih asing sebanyak mana yang anda mampu untuk bekerjasama dengan jurulatih tempatan bagi memantapkan mutu bola sepak negara ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Pahang di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin.

Dalam saingan tersebut, Kelantan berpesta gol selepas membenamkan skuad Tok Gajah dengan lima gol berbalas satu, sekali gus menerajui takhta liga.

Butler sebelum ini pernah melatih Sabah, pasukan Liga S di Singapura dan Liga Indonesia.

Beliau turut mendakwa terlibat dalam melatih pasukan bola sepak Australia dan England di pelbagai peringkat.

Menurut Butler, beliau tidak bersetuju dengan pendangan yang mengatakan Liga Malaysia tidak memerlukan kehadiran pemain import dan jurulatih luar.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, berdasarkan pengalamannya di Indonesia, kewujudan pemain import dan jurulatih luar banyak membantu pasukan bola sepak negara itu menjadi antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

2 Responses to “Liga M Perlukan Jurulatih Luar”

  1. gambar 5 ore tu ko calon jurulatih luar???

  2. gambar hok pakai cap tu nampak supa juruletih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: