Perlawanan persabatan Kelantan persediaan Piala Malaysia 2011

Posted in piala malaysia 2011 with tags on August 11, 2011 by kelatefc

Kelantan vs Kuala Lumpur – 14 ogos
Kelantan vs Selangor – 17 ogos
Kelantan vs T.Team – 24 ogos
Kelantan vs Songkla,Thailand – 26 ogos

Surendran lengkap pemain pinjaman skuad Kelantan

Posted in piala malaysia 2011 on August 11, 2011 by kelatefc

KOTA BHARU – Teka-teki siapa yang akan menjadi pemain pinjaman terakhir skuad bimbingan Datuk M. Karathu akhirnya terjawab apabila penyerang Pahang, R. Surendran menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi Kelantan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

Kehadiran pemain tersebut dilihat memberikan lebih banyak pilihan kepada Karathu untuk merencana jentera serangan The Red Warriors untuk kempen kali ini.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim yang mengesahkan perkara itu berkata, pemain tersebut akan mula melaporkan diri pada hari ini dan seterusnya menjalani latihan bersama pasukan pada sebelah malam.

“Segala urusan dokumentasi pendaftaran pemain ini akan dilakukan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini (semalam) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). InsyaAllah kita berharap semuanya berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah untuk mendaftarkan Surendran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Azman memberitahu, kehadiran dua pemain tersebut dianggap sudah memadai buat Kelantan dalam memperkuatkan jentera serangan.

“Kita rasa dua pemain ini sudah cukup, lagipun Kelantan mempunyai ramai penyerang tempatan. Jadi saya harap kehadiran dua tunggak ini mampu membantu pemain tempat untuk mempelajari sesuatu daripada mereka.

“Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan mutu permainan mereka di masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azman memberitahu, selain dua perlawanan tempatan, Kelantan juga dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menentang sebuah kelab di Songkla, Thailand pada 26 Ogos iaitu selepas pertemuan dengan T-Team (24 Ogos) dan Kuala Lumpur (14 Ogos).

sumber : utusan malaysia

Red Warriors belasah Red Giant

Posted in bolasepak, piala fa on May 13, 2011 by kelatefc

Malam ini sesungguhnya malam paling istimewa buat penyokong-penyokong Kelantan kerana The Red Warriors berjaya membelasah Selangor 5-1.

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Ramzul,Piya,Ropi Mat Yo dan Roya.Kejayaan ini membuktikan bahawa Kelantan bersungguh-sungguh ingin menjulang Piala FA musim ini setelah kempunan dua musim yang lalu.

Penyokong-penyokong Kelantan sudah boleh berkira-kira untuk ‘booking’ bas untuk perlawanan akhir nanti.Lawan yang bakal ditentang Kelantan adalah musuh tradisi zaman berzaman iaitu Terengganu.Terengganu berjaya mengalahkan Pahang 3-2 walaupun suatu masa ketinggalan 2-0 kepada Pahang.

Tahniah The Red Warriors..Anda kebanggaan kami…

Akmal Rizal cari nahas

Posted in Uncategorized on December 8, 2010 by kelatefc

Oleh Mohd Fakri Awang Lah
bhkb@bharian.com.my
2010/12/08

Kami belum beri bonus kepada mana-mana pemain: Annuar

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) bakal mengambil tindakan sewajarnya terhadap bekas pemain pasukan berkenaan, Akmal Rizal Rakhli yang mengeluarkan kenyataan memburukkan persatuan itu, baru-baru ini.
Bekas pemain kebangsaan itu difahamkan mendakwa dia bersama lima lagi rakan sepasukan tidak diberi bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan The Red Warriors sebaik saja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, berkata kenyataan berkenaan tidak tepat sama sekali memandangkan pihaknya masih belum membuat sebarang bayaran bonus kepada mana-mana pemain yang membantu pasukan memenangi Piala Malaysia, Oktober lalu.

Annuar berkata, KAFA sedang menunggu sumbangan dijanjikan pelbagai pihak, termasuk insentif RM200,000 daripada Kerajaan Kelantan sebelum bayaran bonus berkenaan dibuat kepada pemain.

“Setakat ini, tiada sebarang bayaran dibuat kepada pemain dan jumlah berkenaan juga masih belum diputuskan lagi. Apa dibayar ialah yuran menandatangani perjanjian bagi mereka yang menyambung kontrak bersama pasukan, selain tambahan gaji bagi semua yang meneruskan khidmat dengan KAFA.

“Saya percaya mereka yang berpindah ke pasukan lain juga dapat benda sama dengan pasukan baru mereka… apakah KAFA nak kena samakan pemain yang setia dengan pasukan dengan pemain yang lompat untuk mencari wang lebih semata-mata,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, Annuar tidak menjelaskan sebarang bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Akmal Rizal yang juga bekas pemain kebangsaan itu.

Celcom Blue Vs Digi Edisi Khas

Posted in Uncategorized on July 30, 2009 by kelatefc

 

Digi Edisi Khas

Celcom Blue

Diantara kedua-dua pakej yang ditawarkan yang mana anda rasa lebih berbaloi-baloi?

Technorati Tags:

Terengganu buktikan jaguh Pantai Timur

Posted in Liga Super on July 1, 2009 by kelatefc

Terengganu 2-0 Kelantan
Ahmad Nordin Alias mnt-7
Abdul Manaf Mamat mnt-54

Kad kuning : Badri Radzi, Hanif, Ezrie Hafizie, Farisham(KEL)
Kad merah : IndraPutra(KEL)

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, rentak kemenangan Kelantan direntap oleh Terengganu apabila mengalahkan skuad bimbingan Peter Butler 2-0.

Pasukan tuan rumah, Terengganu memperoleh gol menerusi Ahmad Nordin Alias pada minit ketujuh sebelum Abdul Manaf Mamat menamatkan sisa peluang Kelantan menerusi gol kedua pada minit ke-54. Aksi tegang perlawanan menyebabkan penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dibuang padang pada minit ke-78 kerana mengkasari Tengku Hazman Raja Hassan.

Kelantan semakin ketinggalan di tangga ke-3 liga daripada 2 pasukan teratas iaitu Selangor dengan 11 mata (Selangor 1-0 KL Plus) dan Perlis dengan 9 mata (N.Sembilan 0-4 Perlis) manakala Terengganu naik di tangga ke 4 ketinggalan 1 mata daripada Kelantan dan Kedah juga ketinggalan dengan jumlah mata yang sama tetapi kurang satu perlawanan setelah mengalahkan UPB MyTeam 1-0.

Misi pertahan maruah

Posted in Uncategorized on June 30, 2009 by kelatefc

Pertembungan dramatik sekali lagi akan dipertontonkan antara Kelantan dengan Terengganu malam ini.Tugas getir menanti anak didik bekas pemain liga perdana inggeris iaitu Peter James Butler.

Terengganu pastinya mahu melakar kempen kemenangan setelah mencipta 3 kemenangan berturut-turut sebelum ini dan dapat membenam Kelantan adalah bonus kerana Kelantan telah membuktikan kejaguhan apabila telah mencipta 5 kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi.

Percaturan serta strategi ampuh amat penting untuk menghadapi Terengganu kerana mereka mempunyai pemain-pemain berkaliber seperti pemain tengah yang sedang meningkat naik ketka ini iaitu Ismail faruqi serta pemain serba boleh Muhd Ashaari.

Terengganu juga mempunyai penyerang berbahaya kelahiran Kelantan iaitu Azlan Ismail serta di bantu Abdul Manaf yang sudah membuktikan mereka adalah pemain berbisa yang perlu di kawal oleh benteng Kelantan yang di terajui oleh Farisham serta di bantu oleh Azlan serta Ropi.

Harapan Kelantan sekali lagi di sandarkan kepada penyerang profilik Kelantan iaitu Indra Putra yang mengantikan Mohamadou Mustapha yang telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa dan mampu mencipta jaringan.Hatrik yang di cipta ketika menentang Perak sudah membuktikan siapa sebenarnya Indra.

Kelantan sememangnya amat bertuah kerana mempunyai bakat-bakat pelapis seperti Zamri serta Hanif dan terbaru dengan kemasukan pemain Ailif Fahmi mampu memberikan impak yang besar kerana beliau adalah seorang pemain yang lincah serta mempunyai skil permainan menarik serta mampu bergandingan dengan Indra Putra serta Norfarhan dibarisan serangan.

Maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti anak kepada jurulatih bawah 14 tahun ini menjadi sebutan dikalangan peminat setia Kelantan.

Apa yang di harapkan  adalah Kapten Kelantan,Badri Radzi mampu melaksanakan tugas yang di pikul serta dapat berfungsi dengan baik seperti ketika menentang Perak tempohari.

Jika Badri mampu berfungsi dengan baik serta mandapat bantuan dari rakan tidak mustahil Terengganu bakal di tumbangkan malam ini.

Ayuh peminat setia Red Warriors kita berikan sokongan kepada pasukan kesayangan kita.Perjalanan 2 jam dari Kota bharu berbaloi jika mampu memberikan semangat buat pasukan yang bermatian berjuang demi mempertahankan maruah Kelantan.

Barisan kemungkinan:-

Shahrizan,Farisham,Ropi,Azlan,Zamri,Eziee,Badri Radzi,Khairan,Indra Putra,Norfarhan,Khalid

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.